Sunday 22 March 2015

Tekanan Emosi dalam Kalangan Murid



Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid

        Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.

    Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka me­nyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.